Family
Abdullah b Mohd Ali. Bersara sepenuh masa. Jawatan terakhir ialah Penolong Eksekutif di POS Malaysia Berhad Kota Bharu Kelantan. Pernah berkhidmat sebagai guru sementara. Seorang Bapa yang tegas di dalam mendidik anak-anaknya. Sanggup berkorban kesenangan sendiri demi keluarga. Sekarang aktif di dalam politik secara terang-terangan setelah tamat tempoh berkhidmat dengan kerajaan. Memegang jawatan sebagai Ketua Bilik Gerakan PAS Dun Tanjong Mas dan Bendahari Masjid Al-Husna. Seorang anak yang bertanggung jawab terhadap ibunya, kini menjaga ibunya secara intensif. Berperanan besar di dalam kejayaan anak-anaknya di menara gading. Aktif bersukan, tetapi terpaksa mengantung Raket Badminton dan Hobi Mendaki Gunung kerana kecederaan serius pada lututnya. Kini aktif membangunkan laman web sendiri (pautan web beliau ada pada blog ini), pembaca blogs yang tegar, obses melayari internet, menjaga ibunya sepenuh masa dan beliau adalah rakan masjid.
Nik Rosenany bt Nik Ahmad. Bersara sepenuh masa. Jawatan terakhirnya ialah di Pejabat Pengurus Besar KADA, Kelantan. Bekas pelajar UiTM. Seorang ibu yang tegas di dalam mendidik anak-anaknya. Mastermind di dalam keluarga. Menjadi tulang belakang kepada kemasukkan kesemua anak-anaknya ke Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Maahad). Lembut berbicara, tegas di dalam pelaksanaan. Ibu yang banyak berkorban kepentingan diri sendiri demi keluarga tercinta. Memegang jawatan “Menteri Kewangan” di dalam keluarga. Kini membantu suaminya menjaga ibu mentua tercinta. Pengorbanannya pasti akan mendapat ganjaran besar di akhirat. Kini aktif menguruskan hal ehwal rumah tangga, obses kepada rancangan-rancangan ilmiah, penonton Astro tegar dan giat mempraktikkan amalan-amalan agama.
Nadia bt Abdullah (kiri). Pegawai Tadbir Diplomatik, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Anak sulung di dalam Keluarga Abdullah. Bekas Pelajar UiTM dan Pelajar Maahad. Muhammadi (P) Kota Bharu, Kelantan. Belum berkahwin. Antara pemangkin kepada kejayaan adik-adiknya. Kejayaannya di menara gading telah membuka satu lembaran baru dalam keluarga. Kini, hasil kejayaannya, kesemua adik-adik beliau juga menurut jejak langkahnya. Seorang yang aktif berpersatuan dan gemar kepada aktiviti-aktiviti lasak. Bekas Majlis Perwakilan Pelajar UiTM. Kariernya bermula hanya sebagai salesgirl streamyx. Terus mengorak langkah tanpa jemu dan tanpa menoleh kebelakang. Kini menjawat jawatan penting yang menjadi rebutan ramai. Kini menjalani kursus selama 8 bulan di merata Malaysia, obses kepada gadget dan bergiat aktif di dalam futsal.
Nur Izzah bt Abdullah (kanan). Pelajar Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur di UiTM Seri Iskandar Perak. Anak ke-3 di dalam Keluarga Abdullah. Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu Kelantan. Belum berkahwin. Seorang yang aktif di zaman persekolahan. Gemar kepada aktiviti-aktiviti lasak. Membantu menguruskan kebajikkan neneknya apabila berkesempatan. Beliau dengan sukarela berkongsi biliknya bersama nenek tersayang walaupun neneknya sudah uzur dan pelupa. Seorang yang agak temperamental tetapi baik hati apabila kena pada tempatnya. Gemar memasak pada awal-awal zaman remajanya, peminat kucing sejati dan kini mengorak langkah di menara gading demi membuktikan bahawa susur galur Keluarga Abdullah terus gah dengan latar-belakang akademik.
.
Mohamad Afiq b Abdullah (kiri). Pelajar Fakulti Komputer (Perisian), Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang. Anak bongsu di dalam Keluarga Abdullah. Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu Kelantan dan Sekolah Agama Arab Amir Indera Petra, Beris. Mendapat jolokan nama “Abang Mat Beris”. Seorang yang gemar memancing, membaiki alatan elektronik, membaiki handphone, obses terhadap games Grand Theft Auto dan aktif menggunakan peer-to-peer software untuk kegunaan peribadi. Seorang yang sangat aktif di zaman persekolahannya. Bekas Ketua Kelas di sekolah beliau, di pusat tuisyen mahupun di rumah sewa beliau. Pernah bekerja sebagai salesman, menjual produk Bahasa English. Sambil bekerja, beliau mengasah penguasaaan Bahasa English beliau. Seorang yang optimis setelah melalui zaman gelap. Kini berusaha keras di menara gading demi membuktikan bahawa susur galur Keluarga Abdullah terus gah dengan latar-belakang akademik.
13 Comments »
Leave a comment
-
Archives
- September 2009 (2)
- August 2009 (4)
- July 2009 (5)
- June 2009 (6)
- April 2009 (1)
- February 2009 (6)
- January 2009 (3)
- December 2008 (5)
- October 2008 (5)
- September 2008 (30)
- August 2008 (48)
- July 2008 (12)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS





an awesome web…terharu siot baca olahan ni…hehehehe….chaiyyok!!!!
Weh…rindu bangat sama kalian…nnt rayo kito jupo…huhuhuhu…supo dok jauh juto batu….
ralat
fakulti senibina perancangan dan ukur.. tidak ada kaitan dgn art n design
Mohamed Amir Abdullah (author), lelaki sulung dalam keluarga Abdullah, bekas pelajar maahad lelaki di kelantan, namanya popular di kalangan guru tadikanya sehingga sekolah menengah. Pernah dahulu memiliki basikal bmx, yg dibeli dari duit poketnya sendiri tapi nasib tidak menyebelahi beliau kerana dicuri oleh budak2 nakal kampung baung bayam. Minatnya kini berpaling kepada psp dan bercita2 utk menjadi wakil rakyat selepas sahaja tamat pengajian. Pada awal remaja beliau, mempunyai kemahiran dan minat dalam bidang masak-memasak, pernah berhasrat untuk menjatuhkan Chef Wan. Kek Ambun dan puding gula hangus antara masakan yang disukai oleh sanak saudara sebelah ibu beliau. Antara haiwan kesukaan beliau ialah ayam(awal remaja) dan musang. Baru2 ini cuba menangkap musang untuk dijadikan peliharaan tapi sekali lagi nasib tidak menyebelahi beliau. Musang lagi cerdik hahaha. Malah beliau turut menyalahkan adik perempuannya di atas kegagalan menangkap musang. Antara impian beliau yang belum terlaksana adalah bercuti di Cameron Highlands dan Pulau Pangkor. Kini beliau juga berusaha keras di UTP demi membuktikan bahawa susur galur Keluarga Abdullah terus gah dengan latar-belakang akademik.
Hahahaha….great comment…i really like…but i think sumthing missing here n there…but then…ok laaa…..
Ups…Hes actually an xUiTM student…who received Anugerah Dekan (m i rite?…)…one of the excellent flyer in d family…like his younger sis…kind of tempered person…but he can b a really soft spoken person in the world in a split second…love soccer very much…which he cant joint during his younger age becoz of asthma…but nowadays…hes one of the most talented footballer…he loves futsal too…but this guy really obses in games n pc…n of course internet…he loves music too…he used to b one of KRU fanatic fan..but as the time goes by…he started to fall in love wif kind of rock n metal music not “mental” ok…wat else i could say about him?…mmmmm….looks matured…but dont ever judge the book by its cover….chowchinchow….
belakang parang
anak cucu aku belako. jange dok balah sama sendiri. ambo dok seorang diri. mok tak dok, pok tak dok, adik tak dok, kakak tak dok. ambo orang miskin dudok sorang-sorang. marilah tuhan ambil aku ni. Kitab quran iman ambo, nabi muhamad penghulu ambo. boleh kah ambo kato gitu??
mcm penah kenal je ayat tu,hehehe
haha. Hi CIKGU WA. apa cerita smp ke laman BETA ni?
p/s : its our GrandMa’s blabbering quoted by En Abdullah.
tidak mahu dirinya dikenali = papa
batpo dok wat seksa ke aku = papa (bukan batpo, bakpo. sah ini papa, typo yang identical. papa mewakili nenek yang sudah uzur dan pelupa, pelik…)
miss ned = nadia bt abdullah
Hahahahaha….easy to find out….
M HOME!!!!!!!!!!
Just got back frm kg badang….merisik for ur uncle…Ayoh Yik…nice n sweet woman…a teacher…..d ceremony….by end of dis year…just wait n see…