..
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini yang disifatkannya sebagai mencerminkan amalan demokrasi yang masih segar di negara ini.Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya itu membuktikan tiada manipulasi daripada segi perjalanan demokrasi di negara ini.
..
Datuk Arif Shah Omar Shah yang tewas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, berkata beliau tetap akan berkhidmat kepada pengundi di Parlimen Permatang Pauh meskipun keputusan pilihan raya kecil itu tidak memihak kepadanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dalam Parlimen Permatang Pauh berkata, pendiriannya tetap sama iaitu membela nasib rakyat berbilang kaum di kawasan parlimen itu.
..
Penyokong UMNO merusuh di Bangunan UMNO Semambu ketika ini.kami dimaklumkan bahawa para penyokong UMNO merusuh kerana TIDAK MENDAPAT BAYARAN UPAH atas kerja-kerja yang mereka lakukan semasa kempen Piliharaya Kecil P-044. Ketika ini 4 buah trak FRU telah dihantar ke Bangunan UMNO Semambu untuk mengawal keadaan. Diharap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang berarak menyambut kemenangan Pakatan Rakyat agar TIDAK MELALUI KAWASAN TERBABIT kerana khuatir berlaku provokasi dari penyokong-penyokong UMNO yang sedang kepanasan.
..
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, faktor hujan menyebabkan kemerosotan jumlah pengundi yang sekali gus menjadi antara punca kekalahan BN.
”Ia faktor cuaca, orang ramai tidak keluar dan ia mengurangkan jumlah keseluruhan undi yang sepatutnya,” ujarnya.
..
Khoo Kay Peng pula menyalahkan golongan muda berusia bawah 40 tahun yang dilihat cenderung untuk menyokong Anwar.
Golongan muda yang disifatkannya tidak mengenang jasa pemimpin negara pada masa silam yang telah banyak berbakti, katanya, menjadi punca kekalahan BN kali ini.
”Golongan muda terlalu taksub dengan Anwar. Mereka tidak ada ingatan masa silam terhadap apa yang dibuat oleh BN selama ini.
”Mereka lihat janji PKR untuk pembinaan negara. Mereka undi kerana terpengaruh dengan manifesto parti itu.”
..
Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, secara keseluruhannya calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mempertahankan jumlah undi yang diperoleh parti masing-masing pada pilihan raya umum Mac lalu.
”Kesemuanya hampir sama. BN dan PKR berjaya merebut undi yang diperoleh mereka pada pilihan raya umum Mac lepas.
”Realitinya pengundi atas pagar masih gagal dipengaruhi. Ini dapat dilihat daripada majoriti yang dimenangi Anwar kali ini.”
..
Masanya Akan Tiba Untuk Anwar Bersumpah
Saya ucap terima kasih buat Saiful Bukhari Azlan kerana kesan sumpah laknat yang dilafazkannya kini sudah mulai kelihatan. Barangkali, harapan dan impian Saiful untuk menerima laknat dari tuhan sudah mulai terzahir berikutan kekalahan luar biasa Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.
Ya, satu dunia tahu bahawa Anwar Ibrahim telah menang dan bakal melangkah ke Parlimen kelak. Dan masanya bakal tiba untuk rakyat Malaysia dan dunia menyaksikan Anwar Ibrahim pula bersumpah.
Perihal sumpah laknat ini sememangnya cukup mengujakan. Agamawan, cendiakawan, bangsawan dan rakyat rata-rata telah dikelirukan oleh lakonan segak Saiful Bukhari tatkala melafaz sumpah meminta dirinya dilaknati seandainya dia berbohong.
Selepas daripada itu, muncul pula Najib Razak bersumpah di Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang menyatakan bahawa beliau “tidak mengenali wanita Mongolia” yang diletupkan dengan bahan ledakan bernama C4. Apa yang jelas, di dalam lafaz sumpah tersebut, Najib langsung tidak menyebut perkataan “Altantuya Shaariibuu”.
Fenomena sumpah diteruskan pula oleh bekas Menteri Besar, Tajol Rosli Ghazali yang sambil ketawa dan berjenaka melafazkan “wallahi, wabillahi, watallahi” sambil menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam mencaturi konspirasi terhadap dua orang exco kerajaan negeri Perak yang dikatakan terlibat dalam satu skandal rasuah.
Teruskanlah bersumpah. Dan masanya akan tiba untuk Anwar pula mengangkat sumpah…di Parlimen!
kenyataan najib mengenai tiada manipulasi, bukan apa, dah try nak manipulasi dengan hantar hantu untuk mengundi, tapi hantu tu pun tak cukup lagi untuk manipulasi undi. dah undi terlalu banyak untuk DSAI, so susah sungguh nak manipulasi. Nak tak nak kena pakai plan B ler gayanya…
biarla diorang…diorang dah kalah tu…
bagi lah chance nak sedapkan hati…huhu..